Cerita Permata Dengan Arang



Cerita Permata Dengan Arang








Sekarang aku akan bukakan satu lagi pintu Hakikat,

Aku akan ceritakan satu lagi cerita.


Arang batu di dalam lombong berkata kepada intan,

“Wahai anda yang dikurnia dengan kemuliaan yang kekal.

Kita bersahabat dan diri kita adalah satu.

Sumber wujud kita adalah sama.

Tetapi aku mati di sini dengan tiada nilai.

Anda diletakkan di atas mahkota raja-raja.

Aku ini sangat keji dan dinilai lebih rendah dari tanah.

Tetapi hati cermin terpesona oleh keindahanmu

Gelapku hanya menghitamkan dapur

Dan diriku akhirnya menjadi bahan bakar

Semua orang meletakkan tapak kakinya di atas kepalaku,

Dan meliputi diriku dengan abu.

Nasibku perlu sekali ditangisi!!

Adakah anda tahu apakah pati diriku ini?

Ia adalah ombak-ombak asap yang dikeraskan

Dikurniakan dengan sepercik bunga api.

Anda di dalam keadaan dan rupanya seperti bintang

Keagungan timbul dari setiap sisi anda

Anda jadi cahaya mata raja-raja

Kadangkala anda mewarisi tempat yang berbahaya."


“Wahai sahabat yang bijaksana!” kata intan permata itu,

“Tanah hitam bila dikeraskan menjadi mulia seperti zamrud.

Setelah berjuang dengan keadaan sekeliling

Ia matang dan menjadi keras seperti batu.

Kematangan itulah yang menyebabkan aku bercahaya

Dan memenuhi dadaku dengan sinaran.

Kerana dirimu tidak matang, anda dihinakan!

Kerana dirimu lembut, anda dibakarkan!

Hapuskan takut, duka dan bimbang.

Jadilah keras seperti batu, jadilah intan berlian!

Barangsiapa yang berjuang gigih dan berpegang teguh,

Kedua alam ini bercahaya olehnya.

Sekepal tanah adalah asal Hajarul Aswad

Yang diletakkan di Kaabah

Pangkatnya lebih tinggi dari Sinai

Ia dicium oleh orang putih dan hitam.

Keagungan hidup terletak pada kepaduan

Kelemahan adalah tidak berguna dan tanda tidak matang.”


Dipetik dari Asrar'i Khudi oleh Muhammad Iqbal

Tiada ulasan: