Sesungguhnya - Raihan


Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

Tajuk Nasyid : Sesungguhnya
Artis : Raihan

Doa & Harapan

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan.

Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan.

Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau limpahkan padaku.

Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan.

Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku dan terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan.

Namun begitu besar kasih-Mu.. Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu.

Kalau bukan kepada-Mu, kepada siapa lagi harus ku mengadu?

Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...

Namun aku hanyalah hamba-Mu yang dhaif, hina lagi lemah.

Adakalanya aku kurang kesabaran.

Ada masanya aku keimanan ku sangat goyah.

Ada masanya aku terikut-ikut dengan bisikan syaitan.

Namun dengan limpahan kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Pada usia ku ini, aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman.

Aku ingin lebih merindui-Mu Ya Rahiim.

Aku inginkan hanyalah ketenangan, kekhusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin.. pimpinlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinlah hati hamba-Mu ini.. pimpinlah langkah hamba-Mu ini agar sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran.

Ya al-Quddus.. sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian sirat-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Rabbii.. berikanlah aku kekuatan dengan segala mehnah dan tribulasi aku sebagai pendidik. Kurniakanlah aku ilham agar aku terus mampu berkarya. Agar aku terus memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kebijaksanaan agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku.

Engkaulah Yang Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada tali-Mu.

Terimalah hamba-Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini.

Amin Ya Rabbal 'Alamin (^_^)

Hadiah dari Illahi sempena ulangtahun yang ke 24

‘… Perasaan ditemani Allah merupakan penghibur dalam kesepian, pelindung dalam ketakutan, perencah keamanan diri, pencorak keceriaan jiwa, penawar segala duka, peneman dikala senang dan payah..’

Hati terdetik diketuk rasa rindu padaNya, kerana cinta padaNya, hati redha menerima segala ketentuanNya.. Itulah erti tawakkal yang sebenar.

Hiasi nurani diri dengan amal ibadah dan munajat kepadaNya..

Semoga rahmatNya sentiasa bersama.. Amin

Rindu bertemu Allah:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Allah berfirman, “Jika hambaku suka berjumpa denganKu, maka Aku pun suka berjumpa dengannya. Jika dia benci berjumpa denganKu, maka aku pun benci berjumpa dengannya.” (Riwayat Bukhari)