Prinsip Kecemerlangan

PRINSIP KECEMERLANGAN

Firman Allah mafhumnya:
“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit.” (Ibrahim: 24)

1. Islam adalah agama kebenaran. Ia membawa kepada kerahmatan dan kemerdekaan. Saya wajib memahami, beramal dan merasa mulia kerana dipih sebagai manusia Muslim.

2. Keikhlasan adalah kekuatan.

3. Beramal adalah buah ilmu, hasilnya adalah ketenangan.

4. Saya umat Muhammad s.a.w., saya mesti memiliki cita-cita yang besar dan mulia, jiwa yang berkeyakinan dan tidak gentar untuk berdepan dengan apa jua keadaan.

5. Harga sebuah kajayaan perlu dibayar dengan pengorbanan.

6. Saya mesti mendisiplinkan diri dengan tetap (istiqamah), bersungguh-sungguh dan tawakkal dalam apa jua yang saya lakukuan.

7. Bersyukur dengan apa yang ada pada diri sendiri (menghormati diri sendiri) dan tidak merendahkan orang lain.

8. Ikut arahan, segalanya berjalan lancar.

9. Kejayaan tidak akan dicapai seorang diri. Saya wajib tanamkan kasih sayang kepada diri sendiri, ibu bapa, keluarga, guru, rakan seperjuangan dan masyarakat. Saya bukan simpati tetapi empati.

10. Kemuliaan bukan dikira dengan pangkat, harta dan keturunan tetapi ketaqwaan di sisi Allah s.w.t.


Tiada ulasan: