Dah lama tak menulis dan meng'update' blog ni kerana kesibukan kerja yang terlampau. Tanggungjawab terlalu banyak. Rasa dah nak tersungkur. Penatnya.. Terkadang ada masa kosong malasnya sentiasa datang bertamu.. arghhhhh..susahnya nak mendidik hati nurani!!
Tapi dalam kesibukan seharian sempat juga membaca, mentafsir, menterjemah dan menilai diri.. Terasa ingin menulis untuk dikongsi..
al maudu'
Marah Dan Cemburu
Marah
Apakah punca perasaan marah dan cemburu?
Bagaimana pula cara untuk mengawal perasaan ini? Adakah terdapat sebarang zikir atau ayat yang boleh dibaca bagi mengatasi perasaan marah? Setakat manakah seorang 'isteri' boleh bersikap cemburu?

Inilah punca marah.
Cemburu

Kalau kita tak ada perasaan itu tandanya kita langsung tak ada sifat cemburu pada agama. Bermakna kita tidak kasih pada agama. Jika kita bereaksi tertentu seperti marah dan sebagainya itu tandanya kita ada sifat cemburu pada agama. Kita kasih dan sayang pada Islam!
Dulu jika anak perempuan menconteng arang ke muka orang tuanya dengan zina, mahu saja anak itu perutnya tembus dirodok dengan parang atau golok. Itu cemburu namanya...
Ada anak-anak perawan yang murtad, kita jadi susah hati. Kita jadi marah. Kita ambil langkah yang sewajarnya berdasarkan bidang dan kemampuan masing-masing, itu cemburu namanya...
Kita kasih kepada agama kita. Kalau kita jadi bodoh kita seperti orang yang kena pukau. Justeru iman perlu dihalusi kembali kerana kita tidak ada sifat cemburu pada agama.

Tidak semua cinta itu terlarang. Tidak seluruhnya cemburu itu dibenarkan. Tidak semestinya kemarahan itu berfaedah.
Tiada cinta, tiadalah cemburu. Dan orang yang tiada sifat marah ibaratnya seekor keldai. Orang yang pemarah adalah orang yang membiarkan syaitan menguasai dirinya.
Gunakan pertimbangan akal. Berjalan atas lorong-lorong kesederhanaan. Sematkanlah cinta, cemburu dan marah pada tempatnya.
Isteri atau suami wajar sahaja bersifat cemburu asal ada landasannya. Asal saja bertempat dan bersederhana. Jika tiada sikap sebegini si isteri akan menuduh bermacam-macam pada suami. Kemudian akan timbul sangka buruk yang terlarang. Rumahtangga akan retak. Anak-anak menjadi mangsa.

Sabdanya lagi: "Bukanlah orang yang gagah perkasa itu orang yang pandai bergusti. Hanyasanya orang yang gagah perkasa itu ialah orang yang mampu menguasai dirinya ketika sedang marah." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)
Rasulullah pernah menganjurkan suatu doa kepada Aisyah r.a.: "Ya Allah, ampunilah dosaku, hilangkan kemarahan hatiku dan lindungilah aku dari syaitan." (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)
Rasulullah s.a.w. juga menganjurkan agar orang yang sedang marah hendaklah ia berwuduk.
1 ulasan:
Sesungguhnya sifat Mahmudah itu terlalu bernilai di sisi Yang Maha Esa...lantas bezakanlah di hati kita antara mahmudah dan mazmumah....
- barakahislam
Catat Ulasan