Pilihan Itu Milikku...
Sesungguhnya setiap insan diberi kuasa untuk memilih
Ya! Aku tidak dipaksa dalam membuat pilihan
Ya! Aku tidak dipaksa dalam membuat pilihan
Pilihan apa sahaja yang kamu suka

Namun...
aku diberi panduan, pedoman
dikhabarkan apa yang terbaik
diceritakan pelbagai kisah manusia sebelumku
kesilapan mereka dan akibatnya
teladan buat aku membuat pilihan
Dihadapanku juga
dapat dilihat pelbagai teladan dan sempadan
semuanya untuk aku agar aku memilih
hanya yang terbaik secara waras
satu kemenangan bukan kehancuran
Tetapi...
semuanya ditanganku, dihatiku
apakah jalan iman yang akan ku pilih
aku mahu jadi perkasa atau lemah
mahu bahagia atau sengsara, berjaya atau gagal,
membantu atau mengejek atau melihat sahaja,
derhaka atau taat, ikhlas atau tidak,
mahu berubah atau tidak
Ya...
dan ingatlah, akibat dan natijahnya
aku jua yang akan terima
dan bukan aku sahaja, mak, ayah kerabat, taulan
bahkan dunia dan seluruh alam ini
mungkin tersenyum atau gegak murka
kerana pilihan ku
Dan juga...
bukan di dunia saja, bahkan lebih utama
nun di akhirat yang kekal abadi...
Pilihlah yang terbaik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan