Buat Renungan Bersama

Akal wanita setipis rambutnya..
Tebalkanlah ia dengan ilmu..
Hatinya serapuh kaca..
Kuatkanlah ia dengan iman..
Hiasilah ia dengan akhlak yang mulia..
Bisikkan di telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Tuhan..
Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki..
Tetapi kalau lelaki itu sendiri tidak lurus.. Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus..

Percayalah.. Semua lelaki perlukan wanita..
Kerana tanpa wanita..hati, perasaan dan fikiran lelaki akan rosak..
Mereka masih mencari walaupun ada segalanya..
Apa yang tidak ada di syurga..
Hingga Adam rindukan Hawa..
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya..
Pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan..
Tanpa ilmu, iman dan akhlak mereka tidak akan lurus.. malah semakin membengkok..
Itulah akibat andai wanita tidak kenal Tuhannya..
Bila wanita derhaka..
Dunia lelaki akan jadi huru-hara..
Jangan mengharap isteri semulia Fatimah Az-Zahra andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali Karamullahu Wajhah..

Waila liQa'

Tiada ulasan: