Hadiah dari Illahi sempena ulangtahun yang ke 24

‘… Perasaan ditemani Allah merupakan penghibur dalam kesepian, pelindung dalam ketakutan, perencah keamanan diri, pencorak keceriaan jiwa, penawar segala duka, peneman dikala senang dan payah..’

Hati terdetik diketuk rasa rindu padaNya, kerana cinta padaNya, hati redha menerima segala ketentuanNya.. Itulah erti tawakkal yang sebenar.

Hiasi nurani diri dengan amal ibadah dan munajat kepadaNya..

Semoga rahmatNya sentiasa bersama.. Amin

Rindu bertemu Allah:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Allah berfirman, “Jika hambaku suka berjumpa denganKu, maka Aku pun suka berjumpa dengannya. Jika dia benci berjumpa denganKu, maka aku pun benci berjumpa dengannya.” (Riwayat Bukhari)


Tiada ulasan: